Perbezaan CUCKOO dan COWAY adalah antara soalan yang popular bagi pemilihan Penapis Air. Setiap orang memerlukan Penapis Air yang terbaik dari segi kualiti produk dan juga kualiti servis.
Penapis air jenama CUCKOO sering dibandingkan dengan jenawa COWAY. Di sini saya tidak sama sekali akan merendahkan produk jenama lain, tetapi lebih menceritakan Kelebihan Penapis Air Cuckoo. Harap ini dapat membantu anda membuat pilihan yang terbaik. Senarai Penapis Air Cuckoo
CUCKOO
Penapis Air CUCKOO menghasilkan Air Mineral Alkali Ringan dengan purata pH sekitar 7-7.9pH yang sangat sihat untuk diminum seisi keluarga. CUCKOO menggunakan sistem tapisan teknologi terbaru iaitu Nano Positive Filtration System. Sistem tapisan ini mampu menyingkirkan 99.9% kuman, bakteria dan juga logam berat, akan tetapi masih mengekalkan kandungan mineral dalam air tersebut.
Jenama CUCKOO juga telah mendapat pengiktirafan dari Persatuan Dunia, World Health Organization (WHO). Info WHO
Kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan adalah seperti Kalsium, Magnesium, Potassium dan Sodium dapat mengekalkan kesihatan tulang, gigi, otot dan saraf. Air mineral juga dapat menggelakkan tubuh badan daripada dehidrasi dan dapat menghilangkan dahaga dengan lebih cepat.
COWAY
Penapis air Coway meghasilkan air jenis Reverse Osmosis (RO). Air jenis RO juga bersih dan sihat untuk diminum. Air RO juga sering dipanggil sebagai Air Suling atau Air Mati dimasa sistem tapisannya jenis yang menyingkirkan 99.9% kuman, bakteria dan logam berat juga termasuk kandungan mineral dalam air tersebut.
Bermakna air RO tidak mengandungi mineral yang diperlukan dalam tubuh badan. Air jenis ini sangat sesuai diminum oleh pesakit buah pinggang yang kronik kerana tidak mengandungi sebarang kuman, bakteria, logam berat dan juga mineral.
Baca : PERBEZAAN AIR MINERAL DAN AIR RO
Contoh perbezaan ketara yang dapat dilihat antara Air Mineral dan Air RO ialah jika and pergi ke kedai, anda akan jumpa terdapat 2 jenis air botol yang dijual iaitu Air Mineral Semulajadi dan Air Minimum. Biasanya air mineral semulajadi berjenama seperti Spritzer, Cactus dan Evian harganya lebih mahal berbanding air minimum seperti Sea Master dan lain-lain jenama
CUCKOO
Penapis Air Cuckoo menggunakan Tangki jenis Food Grade Stainless Steel. Kelebihan menggunakan tangkis jenis ini adalah lebih tahan panas dan tahan karat. Proses pemanasan dan penyejukan air juga akan jadi lebih cepat. Tangki Penapis Air Cuckoo juga dapat mengelakkan pembiakan kuman dan bakteria.
Tangki penapis air cuckoo bersaiz sederhana. Untuk model King Top, size tangki 2.3liter. Walaupun tangki penapis air Cuckoo agak kecil, tetapi proses penapisan air lebih pantas dan Auto Refill air dalam tangki pun lebih cepat.
COWAY
Penapis air Coway menggunakan tangki jenis Plastik BPA. Tangki jenis ini merupakan Food Grade yang sering digunakan untuk bekas makanan dan botol minuman. Namun begitu, BPA Plastik sering dikaitkan dengan pembiakan bakteria tetapi and tidak perlu risau kerana setiap 2 bulan sekali Coway ajan datang servis mesin anda.
Proses Reverse Osmosis memerlukan masa yang lama untuk tapis air bersih. Jadi penapis air Coway memerlukan tangki yang lebih besar. Sekiranya tangki kosong, ia memerlukan proses yang agak lama untuk refill sehingga air dalam tangki penuh semula.
CUCKOO
Penapis Air Cuckoo akan diservis setiap 4 bulan sekali. Filter yang digunakan dalam Penapis Air Cuckoo sangat berkualiti tinggi dan direka untuk bertahan maksimum 6 bulan, tetapi bagi menjaga kualiti air, Cuckoo akan servis setiap 4 bulan sekali.
Setiap kali servis, Cuckoo akan buat penukaran terus kepada filter baru. Berikut merupakan jadual penukaran filter bagi penapis air cuckoo.
COWAY
Penapis Air Coway pula akan diservis setiap 2 bulan sekali. Hal ini kerana sistem penapisan air jenis Reverse Osmosi yang memerlukan servis lebih kerap. Filter yang digunakan dalam penapis air Coway akan dicuci setiap 2 bulan dan akan digunakan semula.
Kekerapan penukaran filter bagi penapis air Coway ialah setiap 6 bulan sekali dan untuk sebahagian model ada yang 4 bulan sekali.
WhatsApp Saya